Latar Belakang

Lembaga Pengawas SMK Sacred Heart telah ditubuhkan pada tahun 1962 semasa De La Salle Brothers menjadi pengetua sekolah. Saudara Robert Luk merupakan Ketua Pengawas yang pertama. Beliau telah berkhidmat selama tiga tahun di bawah kepimpinan De La Salle Brothers dan Brother Adrian. 

Selepas tamat pengajiannya, saudara Chew Peng Hong pula mengambil alih tugas beliau. Ketika itu Cambridge Higher School Certificate baru diperkenalkan di sekolah.

       Ketua Pengawas yang ketiga merupakan saudara Luke Kong. Ketika inilah SMK Sacred Heart telah dipindahkan dari Jalan Mission ke Jalan Oya dan menjadi lokasi sekolah sehingga kini.

        Pada tahun 1972, saudara Tiong Hoe Lee telah mengambil alih pucuk pimpinan Lembaga Pengawas di bawah jagaan dan tunjuk ajar Brother Albinus yang ketika itu pengetua SMK Sacred Heart. 

Bagi memperkasakan Lembaga Pengawas, pada tahun 1989, di bawah pimpinan pengetua sekolah, Encik Samuel Tan Yan Pheng, telah memperkenalkan konsep “RED ARMY” atau tentera berjersi merah. Konsep ini bertujuan melatih semua pengawas untuk menjadi seorang tentera iaitu memiliki disiplin diri yang tinggi. Di samping itu, sikap hormat menghormati yang menebal diimplementasikan di sebalik personaliti setiap pengawas.

       Mereka ini dilatih untuk memikul tugas dan tanggungjawab oleh pihak sekolah dalam proses membentuk disiplin setiap warga pelajar memandangkan sekolah ini merupakan sebuah sekolah lelaki apatah lagi terdapat pelajar perempuan yang belajar di Tingkatan Enam.

       Ketika inilah, Logo serta Lagu Lembaga Pengawas diperkenalkan. Semua Ketua Pengawas yang telah menamatkan perkhidmatannya di sekolah ini telah berjaya dalam hidup. Malahan seorang bekas Ketua Pengawas telah ditempatkan di sekolah ini sebagai Pengetua sekolah selepas 28 tahun beliau meninggalkan sekolah. Beliau ialah Encik Stephen Tang Ming Kiong, Ketua Pengawas bagi sesi 1975 – 1976.

       Lembaga Pengawas kini terkenal di bahagian Sibu atas tunjuk ajar dan pimpinan Pengetua kami, Encik Vincent Liong Shou Chuan yang senantiasa membawa perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan Lembaga Pengawas dalam usaha menjadikan Lembaga Pengawas SMK Sacred Heart sebagai Sebuah Lembaga Pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang di Sarawak malahan seluruh Malaysia.