Peraturan-Peraturan

Peraturan Pakaian Seragam 

Peraturan Menanggalkan blazer


  • Selepas masuk ke dalam perpustakaan, blazer mesti ditanggalkan, dilipat dengan baik dan disimpan di kaunter. Aset lain tidak boleh ditanggalkan.


Apabila hari hujan

  • Pengawas yang menunggang motosikal dan berjalan kaki ke sekolah atau balik rumah dibenarkan simpan blazer atau menanggalkan blazer di tempat tertutup dengan cara yang betul simpan di dalam beg namun aset yang lain masih perlu penuh dipakai.

  • Pengawas dibenarkan menunggang motosikal ke dalam kawasan sekolah dengan had laju yang rendah tetapi tali leher dan aset lain mesti berada pada baju seragam.

  • Pengawas dibenarkan memakai baju hujan atau jaket di luar pakaian seragam semasa datang dan balik dari sekolah. Apabila sampai di kawasan sekolah, baju hujan atau jaket perlu ditanggalkan.


Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan


  • Sekiranya pengawas perlu pergi ke hospital atau rumah saudara-mara yang ada orang meninggal dunia dengan secara tiba-tiba dan kecemasan, mereka diperlukan untuk menanggalkan blazer atas sebab adat resam, mereka dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa kebenaran Konsul.
  • Contoh: kes kematian, menziarahi pesakit,dll.


Tugasan Khas


  • Pengawas hanya boleh menanggalkan blazer di tempat terbuka dengan kebenaran yang diberi oleh Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas I dan Timbalan ketua Pengawas II sahaja.
Contoh: Bertugas di stadium sama Hari Sukan / Aktiviti mengatur kerusi di dewan sekolah


Semasa waktu persekolahan


  • Pengawas dibenarkan menanggalkan blazer dengan syaratnya semasa pengawas berada di dalam kelas, pergi ke tandas, menjalankan tugasan pembersihan kelas harian dan berjumpa dengan guru di luar kelas sahaja.



Peraturan memakai blazer


  • Blazer dan aset-aset lain mesti dipakai sekiranya PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH dipakai.

  • Tag nama hitam pengawas tidak boleh tersembunyi di belakang kolar blazer.

  • Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan, pengawas dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer semasa duduk dengan syaratnya kakri tidak boleh bergerak.

Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer


  • Sentiasa menghormati blazer

Contoh: Jangan main dengan kawan semasa memakai blazer.
Jangan terlibat dalam aktiviti sukan semasa memakai pakaian seragam sekolah seperti bola.

  • Sentiasa memastikan kekemasan blazer dijaga

  • Blazer pengawas tidak boleh dipinjam kepada kawan atau pelajar lain kecuali mendapatkan kebenaran daripada konsul dahulu.
  • Kocek Blazer


*(Bagi putera, tidak dibenarkan menyimpan segala barang di dalam kocek blazer.)

*(Bagi puteri, hanya aset (pen, buku nota, dan pemotaong kuku) boleh disimpan dalam kocek blazer, barang-barang lain dilarangkan)


Semasa Memakai Blazer


  • Pengawas tidak boleh gerakkan kaki semasa memakai blazer.
  • Pastikan tag nama hitam sentiasa berada di atas garisan kocek blazer.
  • Pastikan blazer adalah dalam keadaan baik dan sentiasa dibutangkan semasa dipakai.
  • Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.
  • Kocek blazer harus dalam keadaan baik.
  • Selepas memakai blazer, pengawas mesti mengemaskan blazer, pastikan tag nama hitam atau kocek tidak tersembunyi.


Semasa Menanggalkan blazer


  • Pengawas tidak boleh menggerakkan kaki semasa menanggalkan blazer.

  • Jangan biarkan blazer tersentuh lantai apabila ditanggalkan.
  • Pastikan blazer dilipatkan dengan cara yang betul.

  • Blazer tidak boleh disimpan di mana-mana dengan sesuka hati

  • Pastikan tag nama hitam sentiasa ditunjukkan.


Tali leher

  • Selagi seseorang pengawas memakai tali leher Lembaga Pengawas, pengawas tersebut:

  1. Tidak boleh bercakap kasar
  2. Tidak boleh pergi ke tempat hiburan
  3. Tidak boleh melawan atau memukul guru
  4. Tidak boleh melanggar peraturan sekolah
  5. Tidak boleh menunggang motosikal dalam kawasan sekolah
  6. Tidak boleh bermain dalam sebarang aktiviti sukan
  7. Tidak boleh menggunakan atau membawa barang larangan
    (Contoh: Liquid paper, Pembaris besi)
  8. Tidak boleh memotong kuku di dalam kelas.


  • Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai.

  • Tidak boleh lipatkan tali leher.

  • Tidak boleh meletakan tali leher di atas bahu.

  • Sentiasa memastikan penyepit tali leher yang tidak senonoh tidak digunakan .


Pen, Buku Nota dan Pemotong Kuku


  1. Pengawas harus mempunyai pen yang dapat berfungsi. (Jika tidak ada, hukuman akan dikenakan)

  2. Jangan tulis sebarang tulisan di dalam buku nota kecuali kesalahan pelajar sahaja.

  3. Jika buku nota pengawas sudah nipis, (kurang daripada 3 keping) sila gantikan dengan buku nota yang baru dengan secepat mungkin.

  4. Sila balutkan pisau kecil atau pengisar pemotong kuku.

  5. Pengawas tidak boleh menanggalkan aset pengawas selagi masih berpakaian seragam.

  • Tali pinggang mesti berwarna gelap.
  • Stoking mesti berwarna putih dan mesti memakai kasut sekolah putih.

Pakaian kemas Lembaga Pengawas


  1. Baju T-shirt Lembaga Pengawas mengikut sesi tersebut. Sekiranya belum dapat, pengawas boleh memakai baju PJK sekolah.
  2. Seluar panjang mesti dipakai dan jeans tidak dibenarkan.
  3. Stoking putih dan kasut.
  4. Pen dan buku nota mesti dibawa.


Pakaian Kemas


  1. Baju dengan kolar, seluar panjang (Jeans tidak dibenarkan)
  2. Stoking dan kasut.
  3. Pen dan buku nota mesti dibawa.


Pakaian Biasa


  1. Ikut aktiviti, memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti yang berkaitan.
  2. Pemakaian pengawas Puteri perlu mematuhi peraturan kelab Puteri.

Pakaian Formal


  1. Pengawas Putera memakai pakaian formal dengan tali leher yang sesuai.
  2. Pemakaian pengawas Puteri perlu mematuhi peraturan kelab puteri.


Peraturan-peraturan Tugasan

 

Peraturan-peraturan sebelum bertugas

 

  1. Pastikan anda jelas dengan semua keadaan tugasan dan cara bertugas di tempat tugasan anda sebelum bertugas.
  2. Sentiasa menepati masa untuk sampai di tempat tugasan dan pastikan anda tidak lewat tugas dan kumpul.
  3. Bersalam ataupun mengagguk kepala sebagai tanda sopan apabila berjumpa dengan pengwas, konsul-konsul atau guru.
  4. Tangan harus disimpan di belakan dengan cara yang betul.
    *Sila rujuk gambar rajah pada muka surat 73 dalam buku panduan 
  5. Pastikan anda tidak tersilap dengan tempat tugasan anda.
  6. Pastikan anda sentiasa beraset lengkap di badan anda. Antaranya:
  • Pen yang dapat berfungsi.
  • Buku nota yang mempunyai muka surat yang mencukupi.
  • Pemotong kuku yang dibalut dengan baik.
  • Blazer yang dipakai dengan kemas
  • Tag nama hitam pengawas dipakai pada blazer.
  • (Rambut dan kuku pengawas mesti kemas, sentiasa memeriksa agar tidak melanggar peraturan-peraturan Lembaga.)
  • Tali leher mesti sentiasa ketat dan kemas.
  • Tidak boleh makan dan membeli makanan sebelum dan selapas waktu rehat.


  • Pengawas yang bertugas hanya diizinkan keluar dari kelas 5 minit lebih awal sebelum waktu rehat dan tidak dibenarkan untuk membeli makanan dan makan dalam masa 5 minit tersebut.

 

Peraturan-peraturan semasa bertugas

1.  Serius semasa tugas. (TIDAK boleh senyum!!!)


  • Tidak bergurau-senda dengan pelajar.
  • Tidak boleh berbual kosong dan senyum dengan kawan atau pelajar lain.


2.  Tidak boleh mengeluarkan bunyi geseran tapak kasut semasa meronda.


3.  Berdiri dengan tegak.


  • Tidak boleh goyangkan kaki semasa bertugas atau bengkokkan badan dan berdiri dengan tangan di belakang.


4.  Pastikan anda menjalankan semua tugasan yang perlu dijalankan di tempat tugasan tersebut.


  • MESTI menangkap pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan jangan melepaskan mereka tanpa alasan yang munasabah.
  • Memberi nasihat yang sepenuhnya kepada pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan sentiasa bertoleransi dengan mereka.


5.  Mesti membantu pengawas lain yang menghadapi masalah.

(Contoh: Pergaduhan)


  • Jangan cuba mencabar pelajar dan mengakibatkan pergaduhan.

  • Tidak boleh makan dan minum semasa bertugas.

  • Bersalam atau menganggukkan kepala apabila berjumpa dengan pengawas, konsul-konsul atau guru semasa bertugas.

  • Anda mesti mengutip sampah sekiranya nampak sampah.

  • Apabila menahan pelajar yang melanggar peraturan sekolah, pengawas harus bercakap dengan nada yang sesuai dan sikap yang baik.

  • Pengawas harus bertugas sehingga konsul menunjukkan signal “OFF”. Pengawas dilarang lari dari tempat tugasan mereka sebulum signal “OFF” ditunjukkan oleh konsul.


Peraturan-peraturan semasa berkumpul


  1. Setelah signal “OFF” ditunjukkan oleh konsul, pengawas haruslah cepatkan langkah dan berkumpul di tempat yang tetap.
  2. Pengawas tidak boleh lewat semasa berkumpul.
  3. Tidak boleh bercakap semasa konsul pengawas sedang memberi komen dan cadangan yang sesuai.

Peraturan-peraturan selepas bertugas

  1. Mengutip sampah sekiranya ternampak sampah.
  2. Selepas diOFFkan oleh konsul semasa waktu petang, pengawas perlu balik ke kelas dengan secepat mungkin.
  3. Selepas diOFFkan oleh konsul pengawas semasa waktu rehat, pengawas perlulah cepatkan langkah untuk membeli makanan dan merujuki papan notis dan balik ke kelas dengan secepat mungkin.
  4. Pengawas dilarang membeli makanan selepas loceng kedua berbunyi kecuali mendapat kebenaran daripada konsul.
  5. Menjaga disiplin sendiri dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain.


Peraturan Ganti


  1. Pengawas hanya boleh mencari ganti apabila menghadapi masalah seperti sakit atau hal-hal kecemasan.
  2. Seseorang pengawas hanya boleh mencari ganti sebanyak 3 kali seminggu.
  3. Jikalau pengawas terpaksa mencari ganti selama seminggu, mereka harus menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I untuk menjelaskan alasan.
  4. Pengawas yang ingin mencari ganti mestilah memberitahu alasan kepada penggantinya. Penggantinya haruslah mengganti pengawas tersebut sekiranya alasan yang diberikan adalah munasabah.


  • Pengawas yang berjanji untuk mengganti mesti pergi bertugas. Jika tidak, pengawas yang mengganti tersebut akan dianggap ponteng tugas.
  • Pengawas yang mengganti pengawas lain haruslah melapor kepada konsul yang bertugas di tempat tugasan tersebut.
  • Pengawas yang mengganti pengawas lain jika melakukan kesalahan haruslah menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I dan menerima hukuman yang sepatutnya.


Peraturan-peraturan Bilik Pengawas


1.      Fungsi Bilik Pengawas
1.1    Pusat operasi Lembaga Pengawas
1.2    Bilik pentadbiran Lembaga Pengawas
1.3    Tempat menyimpan aset pengawas
1.4    Tempat pertanyaan am pelajar dan orang ramai
1.5    Tempat menjaga kebajikan pengawas


2.      Am
2.1    Bilik Pengawas adalah terbuka kepada semua Pengawas.
2.2    Kunci Bilik Pengawas hanya boleh dipegang oleh barisan Konsul.
2.3    Pintu Bilik Pengawas hanya boleh dibuka oleh Konsul kecuali mendapat kebenaran daripada Konsul untuk membuka sendiri.
2.4    Pelajar tidak boleh memasuki Bilik Pengawas tanpa kebenaran barisan Konsul.


3.      Waktu Operasi
3.1    Bilik Pengawas dibuka pada waktu pagi, rehat, dan waktu balik serta dibuka apabila diperlukan.


4.      Disiplin
4.1    Pengawas dipertanggungjawab supaya sentiasa menjaga suasana Bilik Pengawas agar berada dalam keadaan tenteram dan harmoni.
4.2    Disiplin pengawas mesti sentiasa dijaga ketika berada dalam Bilik Pengawas.


5.      Kebersihan Dan Kekemasan
5.1    Pengawas dinasihati supaya menjaga kebersihan Bilik Pengawas.
5.2    KASUT ATAU SELIPAR MESTI DITANGGALKAN sebelum memasuki Bilik Pengawas dan diletakkan di atas rak kasut kecuali semasa hujan lebat.
5.3    Kerusi, fail, dokumen, alat tulis dan harta benda lain mesti dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.


1.      Barang Larangan

1.1    Barang-barang yang tidak berkaitan dengan urusan dan objektif Bilik Pengawas mesti mendapat kebenaran konsul sebelum disimpan dalam Bilik Pengawas.

 

2.      Harta Benda

2.1    Segala harta benda dalam Bilik Pengawas mesti dijaga dengan baik. Segala kerosakan atau kehilangan hendaklah dibayar ganti rugi. Segala harta benda yang dipinjam keluar dari Bilik Pengawas mestilah dipersetujui oleh barisan konsul dahulu.

2.2    Semua dokumen dalam Bilik Pengawas adalah SULIT. Pengawas DILARANG MEMBUKA MANA-MANA LACI ATAU KABINET dalam Bilik Pengawas.

2.3    Segala FAIL dan BUKU di RAK dalam Bilik Pengawas TIDAK BOLEH DISENTUH TANPA KEBENARAN BARISAN KONSUL.

2.4     Pengawas haruslah mendapat kebenaran konsul terlebih dahulu sebelum menggunakan segala harta benda dalam Bilik Pengawas.

2.5    Keselamatan barang peribadi yang disimpan dalam Bilik Pengawas adalah di bawah tanggungjawab pemiliknya.


3.      Pindaan

8.1  Barisan konsul berhak membuat sebarang pindaan ke atas peraturan Bilik Pengawas.


Peraturan Kelakuan Diri Sendiri


Kelakuan diri sendiri semasa tugas


  1. Pengawas harus sentiasa mengawas emosi diri sendiri dan tidak boleh melepaskan perasaan geram atau tidak puas hati terhadap pelajar lain.

  2. Pengawas harus menangkap kesalahan pelajar dengar cara yang betul iaitu mengelakkan perlanggaran dengan pelajar serta tidak berkelakuan kasar terhadap mereka.

  3. Pengawas tidak boleh memihak kepada pelajar yang telah melakukan kesalahan seperti membantu pelajar menyembunyikan barang larangan dan melepaskan pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah.

  4. Sebelum bertugas di sesuatu tempat tugasan, pengawas mesti memahami tugasannya.
    (Contoh: Bertanya kepada pengawas yang berpengalaman atau konsul.)

  5. Pengawas mesti menunjukkan teladan yang baik di depan
    pelajar lain kerana pengawas merupakan pemimpin pelajar.

  6. Pengawas tidak boleh ponteng tugas dan lewat bertugas.

  7. Pengawas tidak boleh menggunakan signal “OFF” dengan sebarangan.


Kelakuan diri sendiri secara am


  1. Pengawas mesti sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan peraturan Lembaga Pengawas.

  2. Pengawas mesti mengamalkan prinsip serius semasa serious dan main semasa main.

  3. Pengawas mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah. Contohnya, apabila nampak sampah, pengawas perlu mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong sampah.

  4. Pengawas harus sentiasa menjaga penampilan diri. Contohnya, tidak berkuku panjang, tidak berambut panjang, rambut tidak berwarna, tidak memakai barang kemas (cincin, rantai  yang bukan berunsur agama, anting-anting yang tidak dibernarkan), tidak boleh memakai cermin mata yang berwarna serta harus selitkan baju.

  5. Pengawas mesti merujuk kepada papan notis pengawas dengan teliti pada tengah hari, waktu rehat, dan waktu balik semasa hari persekolahan.

  6. Pengawas harus sentiasa menjaga nama baik dan imej 

  7. Lembaga Pengawas serta sekolah dengan tidak melakukan perkara yang akan menjejaskan imeh Lembaga Pengawas dan sekolah seperti mencuri, bercakap kasar, bergaduh, melakukan jenayah dan sebagainya.

  8. Pengawas mesti saling membantu dalam Lembaga Pengawas. Contohnya, apabila pengawas lain menghadapi masalah, pengawas haruslah menghulurkan bantuan.

  9. Pengawas mesti pandai menyanyikan lagu pengawas dan dapat ingat nama konsul, ikrar, visi serta misi Lembaga Pengawas.

  10. Pengawas tidak boleh bawa barang larangan seperti telefon bimbit, “liquid paper”, majalah hiburan, CD, VCD, DVD, Pendrive dan sebagainya.

  11. Semasa berkomunikasi dengan guru atau konsul, pengawas harus menggunakan nada yang sesuai dan bersopan santun.

  12. Pengawas tidak boleh lewat masuk kelas kecuali ada urusan yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas.

  13. Pengawas tidak dibenarkan tidur dalam kelas.

  14. Pengawas mesti jelaskan alasan lewat masuk kelas kepada guru jika bukan urusan Lembaga Pengawas supaya tidak menjejaskkan imeh Lembaga Pengawas.

  15. Hubungan BGR tidak digalakan dalam Lembaga Pengawas.
    Semua pengawas tidak boleh melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh seperti berikut:

  • berpegang tangan
  • berpeluk-pelukan
  • bercium-ciuman
  • tidak boleh meraba-raba
  • tingkap dan pintu mesti dibuka jika berada dalam bilik


Aktiviti Lembaga Pengawas


  1. Pengawas mesti mengutamakan aktiviti Lembaga Pengawas dengan meluangkan masa menyertai aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dianjurkan.

  2. Pengwas tidak boleh ponteng mesyuarat am atau perjumpaan dan aktiviti Lembaga Pengawas tanpa alasan yang munasabah dan mesti menunjukkan bukti ketidakhadiran.

  3. Apabila berada dalam bilik mesyuarat, pengawas perlu serius dan tidak boleh bising dengan berbual kosong, tidak boleh makan, tidak boleh tidur atau bermimpi.

  4. Pengawas mesti menepati masa apabila menghadiri mesyuarat, perjumpaan dan segala aktiviti Lembaga Pengawas.

  5. Sebelum menghadiri mesyuarat, pengawas mesti membuat persiapan awal seperti memastikan semua aset adalah lengkap, berpakaian seragam adan memastikan penampilan diri adalah baik.

  6. Semasa agenda disiplin dijalankan, apabila pengawas sedang menjalani hukuman, pengawas yang lain tidak boleh ketawa dan harus belajar daripada kesilapan mereka dengan tidak melakukan kesalahan yang sama.

  7. Pengawas tidak boleh membocorkan segala perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kerana semua maklumat itu adalah sulit.


Perhimpunan


  1. Sekiranya ada perhimpunan, pengawas dikehendaki berkumpul pada pukul 6:30 pagi atau mengikut masa yang ditetapkan oleh barisan konsul. Pengawas yang bertugas boleh dikecualikan.

  2. Semasa berkumpul, pengawas harus bergerak dengan cepat dan berdiri dalam barisan serta jangan bising.

  3. Pengawas akan dibahagikan tugas oleh Timbalan Ketua Pengaws Semasa berada dalam dewan, pengwas mesti memastikan semua pelajar berada dalam barisan kelas masing-masing dengan tersusun dan mengawasi keadaan dewan.

  4. Semasa perhimpunan dijalankan, pengwas akan berdiri di belakang dewan.

  5. Semasa menyanyikan lagu sekolah dan lagu “Negaraku”, tangan pengawas perlu letak di sisi dan berdiri tegak.

  6. Pengawas tidak boleh bercakap dan mesti menumpukan perhatian sepenuhnya serta tidak boleh membelakangi penceramah.


Hak & Kuasa Pengawas

Apabila terdapat pelajar cuba menghina, mencabar atau memukul pengawas, pengawas haruslah mengawas emosi sendiri dan bersikap sabar.


i. Situasi Semasa Berseorangan

  • Apabila pengawas telah dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar, pengawas boleh mencatatkan name dan kelas pelajar tersebut untuk tindakan disiplin.

  • Pengawas boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mempertahankan diri sendiri dengan tidak menghina, mencabar atau memukul balik pelajar tersebut.

  • Pengawas boleh membawa pelajar tersebut untuk berjumpa dengan guru-guru disiplin apabila dihina, dicabar atau dipukul oleh pelajar tersebut.


ii. Situasi Semasa Terdapat Pengawas DI Kawasan Berhampiran

  • Apabila pengawas mendapati pergaduhan antara pengawas dan pelajar telah berlaku di kawasan berhampiran, pengawas perlu pergi menghalang pergaduhan tersebut daripada berterusan.

  • Pengawas perlu cuba menenangkan emosi pengawas dan pelajar yang terlibat dalam pergaduhan.

  • Pengawas juga perlu pergi mencari guru-guru disiplin dengan secepat mungkin untuk mengelakkan pergaduhan tersebut berterusan.


Peraturan Surat

  1. Sekiranya pengawas melakukan kesalahan dalam tugas harian atau kesalahan lain, pengawas mesti menulis surat kepada Timbalan Ketua Pengawas I atas arahan konsul atau secara automatik.

  2. Setiap surat mesti dihantar kepada Timbalan Ketua Pengawas I dalam tempoh 3 hari.

  3. Hari cuti tidak dikira dalam tempoh 3 hari tersebut tetapi hari kokurikulum atau hari gantian sekolah dikira dalam tempoh 3 hari tersebut.

  4. Jika pengawas lewat menghantar surat sehari, pengawas perlu menjalankan hukuman sebanyak 5 kali tekan tubi/ sengan dengan arahan Timbalan Ketua Pengawas I.

  5. Pengwas mesti menulis surat mengikut format surat Lembaga Pengawas dengan cara lipatan yang betul.

  6. Bukti yang diserahkan harus dipastikan adalah betul dan tepat.

  7. Surat kesalahan hanya boleh ditulis dengan tangan dan tidak boleh ditulis oleh pengawas lain dan juga semasa waktu p&p.

  8. Surat hanya boleh ditulis dengan menggunakan pen biru dan hitam.

  9. Sampul surat tidak boleh dilekatkan.

  10. Pengawas yang melanggar peraturan surat dikehendaki menyalin semula surat tersebut berdasarkan arahan daripada Timbalan Ketua Pengawas I.

  11. Surat meletak jawatan hanya boleh ditulis kepada Ketua Pengawas.

____________________________

FORMAT SURAT

NAMA(Huruf besar) (Cth:JAMES LING HUI JING)
KELAS:(Cth:1A9)
*

(Nama Timbalan Ketua Pengawas I)(HURUF BESAR)
Timbalan Ketua Pengawas I
Lembaga Pengawas Sesi 2011/2012
SMK Sacred Heart                                                    TARIKH(Cth:12 Mac 2012)
*
Tuan
*
Kesalahan (cth:Lewat Datang Ke Sekolah)
*
- Nama Pengawas
- Kelas Pengawas
- Kesalahan
-Tarikh Melakukan Kesalahan
-Tempat Melakukan Kesalahan
-Masa Melakukan Kesalahan
-Nama Konsul yang Bertugas
-Jawatan Konsul yang Bertugas
*
2 Alasan Melakukan Kesalahan Tersebut
*
*
*
Yang Benar,
TANDATANGAN
______________
(Nama Pengawas)
Pengawas