Bidang Kuasa dan Tugas

1.  Ketua Pengawas

1.1  Lambang Kewibawaan Lembaga Pengawas

1.2  Mengatur jadual tugas harian semua pengawas

1.3  Bertanggungjawab terhadap segala urusan dan aktiviti Lembaga Pengawas

1.4  Ketua Komander bagi Kem Pengawas

1.5  Memimpin pengawas membantu dalam pengelolaan Hari Ucapan Sekolah pada akhir tahun
 

2.  Timbalan Ketua Pengawas Ι

2.1    Membantu Ketua Pengawas dalam urusan berkenaan disiplin semua pengawas

2.2  Menganjurkan Bengkel Tugasan Harian untuk semua pengawas dan kadet pengawas

2.3  Mengelolakan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi Baru dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas

2.4  Menjadi Pengerusi bagi Malam Pengawas(AGG)


3.  Timbalan Ketua Pengawas ΙΙ

3.1  Membantu Ketua Pengawas dalam urusan kebajikan semua pengawas

3.2  Menguruskan penyelenggaraan Sistem PA mudah alih serta Sistem PA di Dewan

3.3  Menguruskan blazer, tali leher dan segala aset pengawas serta keperluan Bilik Pengawas

3.4  Merancang perkembangan prasarana (kemudahan fizikal) Bilik Pengawas

3.3  Menyimpan rekod inventori barangan yang dipesan menerusi peruntukan kerajaan

3.6  Ketua Operasi Spot Check dan Bengkel Spot Check bagi Pengawas

3.7  Menjadi Pengerusi Pengelolaan Orientasi Pengawas dan Orientasi Kadet Pengawas 

4.  Setiausaha Kehormat

4.1   Bertanggungjawab dalam segala urusan surat-menyurat dan notis Lembaga Pengawas

4.2   Menyimpan semua data dan rekod kehadiran Pengawas bagi semua aktiviti Pengawas

4.3   Mencatat minit mesyuarat am, mesyuarat konsul dan mesyuarat / perjumpaan khas

4.4   Melapor dan memaklum kepada guru penasihat tentang aktiviti / mesyuarat / perjumpaan

4.5   Mengemaskini rekod dalam Buku Ko-Kurikulum Lembaga Pengawas dari semasa ke semasa

4.6   Bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala rekod aktiviti dan dokumen yang perlu bagi melengkapkan Buku Rekod Ko-Kurikulum bagi Lembaga Pengawas dan Persatuaan Pengawas Sekolah

5.  Bendahari Kehormat

5.1    Menyediakan Bajet Tahunan Lembaga Pengawas

5.2    Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Akaun Tahunan Lembaga Pengawas 

5.3  Menguruskan perbelanjaan dan kutipan bagi kewangan Lembaga Pengawas  

5.4  Mengutip yuran tahunan dan yuran penyertaan aktiviti Lembaga Pengawas

5.5  Mengutip bayaran tag nama pengawas, kemeja-T dan Buku Suara Lasallian Lembaga Pengwas

5.6  Merancang pesanan tag nama pengawas dan tag nama emas Konsul Pengawas sesi baru

5.7  Menjadi Pengerusi Pengelolaan Lawatan Sambil Belajar(Jika ada peruntukan)

6.  Konsul Multimedia

6.1  Ketua Biro Multimedia (Unit Web, Unit Publisiti dan Unit Rekaan)

6.2  Menguruskan Web Rasmi Lembaga Pengawas menerusi Web Sekolah -http://www.shssibu.com.my/

6.3  Menguruskan Presentasi Slide Show bagi Perhimpunan Sekolah dan presentasi Lembaga Pengawas

6.4  Menganjurkan Pertandingan Rekaan Kemeja-T Lembaga Pengawas

6.5  Bertanggungjawab dalam penerbitan Buku Suara Lasallian Lembaga Pengawas

6.6  Menguruskan Slide Show Power Point semasa perekrutan pengawas sesi baru.

7.  Konsul Pendidikan

7.1  Ketua Biro Pendidikan (Unit Akademik, Unit Anugerah dan Unit Data Merit-Demerit)

7.2  Menguruskan Program Insentif Akademik Pengawas yang dibiayai oleh pihak sekolah
( Purata Markah bagi Ujian Sekolah Ke-3 & 4 – Keputusan Ranking Keseluruhan boleh diperolehi daripada Guru Penasihat Biro Pendidikan menerusi School Management System (SMS) melalui saluran E-Report Card , Enquiry dan Top Student(Normal Exam) )

7.3  Menguruskan Sijil Anugerah Pengetua bagi Pengawas Cemerlang dan Pengawas Contoh 

7.4  Mengatur jadual tugas kemasukan markah merit-demerit pelajar sekali dalam dua minggu bagi membantu Lembaga Disiplin Pelajar memantau dan mengemaskinikan data disiplin pelajar.  

7.5  Menguruskan keceriaan Sudut Bacaan Bilik Pengawas dan memperkayakan bahan bacaan

7.6  Menjadi Pengerusi Penganjur bagi satu program utama Lembaga Pengawas